
arimaimza12
5 tahun
Darah haid 2 kali sebulan
Salam sejahtera dr. Saya wanita sudah berkahwin. Saya pernah keguguran pada bulan julai 2019. Dan sehingga kini masih belum pregnant. Kitaran haid Saya boleh dikatakan normal sepanjang selepas saya keguguran sehingga bulan 1 ini. Cuma lewat atau cepat dalam 1 atau 2 hari saja dari kiraan. Masalahnya adalah baru2 ini saya telah dtg haid selama 7 hari. Kemudian, hari ke 8 Saya telah bersama dgn suami. 5 hari selepas itu, saya dapati saya dtg haid balik. Seolah2 saya belum dtg haid lagi pada bulan yg sama. Darahnya banyak seperti haid hari ketiga@keempat. Ianya berlarutan selama 4 hari… apakah normal situasi ini? Saya risau kalau2 saya keguguran lagi. Boleh Dr terangkan punca masalah ini? Terima kasih Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doctor.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diajukan oleh anda. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.