
Sulit
5 tahun
Darah haid berwarna coklat sudah lebih 12 hari
Saya wanita 37 tahun. Darah hais sy tidak menentu semenjak sy mengamalkan pil perancang keluarga pd 2 bulan lps. Bln pertaman haid sy datang 2kali. Bulan ini haid saya datang awal iaitu 7 hari sebelum pil habis dan ianya berwarna coklat. Hari ini darahnya masih sedangkan pil perancang sudah habis 5 hari lepas. Ada ini normal?
Saya memohon bantuan doktor yang pakar lg arif… Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Kesan sampingan pil perancang ialah menyebabkan kitaran haid tidak teratur. Namun, kesan sampingan ini kebiasaannya hanya bersifat sememntara.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.