
Anonymous
6 tahun
Darah haid berwarna hitam
Saya wanita berusua 21 tahun. Belum berkahwin. Kitaran haid saya memang tidak menentu sejak pertama kali datang haid hingga lah sekarang. Tetapi beberapa bulan ini darah haid saya berwarna hitam berterusan dari hari pertama datang haid hingga hari terakhir. Tempoh haid saya sekitar 7 hingga 8 hari. Jadi bagaimana ya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, biasanya darah haid boleh berwarna hitam akibat teroksida. Darah ini mungkin juda darah lebihan dari kitaran haid sebelumnya.
Tempoh kitaran haid anda adalah dalam lingkungan yang normal. Memandangkan anda mengalami masalah haid tidak teratur, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Haid tidak teratur biasanya boleh disebabkan masalah hormon akibat keletihan atau aktiviti fizikal yang terlalu aktif serta tekanan emosi. Ia juga boleh dipengaruhi masalah kesihatan lain seperti hormon tiroid dan pituitari. Masalah pada struktur organ ovari, serviks dan rahim juga boleh menyebabkannya.
Sila dapatkan nasihat doktor bagi mengetahui punca sebenar masalah anda. Diagnosis hanya boleh dibuat selepas maklumat lengkap dan pemeriksaan atau ujian dilakukan jika perlu. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.