
Sulit
5 tahun
Darah haid datang lambat dan tidak teratur sejak bulan lepas
Saya wanita berumur 20 tahun. Sejak bulan lepas period saya sudah mula tidak teratur. Tarikh akhir period saya pada bulan lepas ialah 31/3 dan pada harini ini 2/4 saya belum period lagi. Saya wanita belum berkahwin lagi. Saya amat risau keadaan saya yg sekarang.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.