
Sulit
5 tahun
Darah haid keluar apabila bersukan
Saya wanita berumur 23 tahun. Sya ada soalan mengenai darah haid yang keluar secara tiba2 10 hari lebih awal dari tarikh sebenar haid. Bermula apabila saya mengikuti aktiviti zumba dan sedar bila balik ke rumah ada darah haid. Saya ingat saya period masa tu. Tapi tengok keesokkan harinya darah haid xda. Selang satu hari sya buat workout ringan, termasuk jogging squat, sit up. Tiba2 masa nak mandi ada keluar darah lagi. Saya pelik benda ni x pernah berlaku. Kadang2 memang ada keputihan warna coklat2 tapi x sampai keluar darah. Hampir penuh pantiliner. Saya risau kemungkinan sya ada masalah dalaman. Saya tidak rasa sakit d bhgian mana2. Tapi tiba2 kluar darah. Senggugut pun xda. Adakah hormon sya x stabil? Kalau ikut pengiraan sya ada 5 hari lagi sebelum period.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.