Sulit
4 tahun
Darah haid keluar sedikit dan ada benjolan
Doc , sy wnita brumur 21 . Stiap kali dtg haid , darah sy cuma ada pd hari prtama . Hari hari lain darah hnya melekat dkt dalam dn mngambil masa utk kluar . Sy bleh pakai pantiliner shj spnjg haid . Sbb mmg darah sikit sgt .
Lagi satu , sy perasan ada benjolan dalam kulit dkt bwh miss v , sakit jika kita picit tp tkkeluar apa apa . Sb bnda tu duk dlm kulit . Kenapa ya doc ? Sy malu nk pergi klinik
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami anda ingin tahu punca mengapa anda mengalami darah haid yang sedikit dan benjolan dalam kulit di miss v (faraj) anda. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, masalah sedemikian boleh berpunca oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Namun, ia juga boleh berlaku disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian daripada doktor seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Pembesaran kista/ kelenjar pada faraj
- Ketumbuhan
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan



























