
nellyramlan1
6 tahun
Darah haid sikit dan sakit
Salam sejahtera… Saya wanita berumur 23 tahun. Saya mengalami darah haid yg sedikit dan sakit di sekitar bawah perut. Hari ni sudah masuk 12 hari saya datang bulan dan tiada tanda² untuk berhenti. Malah, apabila saya mahu buang air kecil juga sakit semenjak hari pertama period. Apakah masalah yg dihadapi saya sekarang, kerana saya kurang selesa dgn keadaan diri saya kini. Harap saya pertanyaan saya ni dapat jawapan yg cukup jelas. Sekian

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Untuk pengetahuan cik, kesakitan di bahagian perut adalah satu daripada sindrom premenstruasi yang normal untuk berlaku dan mungkin terdapat variasi berlainan bagi setiap individu. Bagaimanapun masalah kesakitan semasa buang air pula adalah mungkin melibatkan kondisi kesihatan yang lebih serius seperti terdapat jangkitan kuman di bahagian saluran kencing dll. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.