
Sulit
3 tahun
Darah haid stop 29 hari bulan 5 , datang semula 9 hari bulan 6
Assalammualaikum doc … apa punca nya darah haid stop pada 29/5/2021 dan datang semula pada 9/6/2022

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda bimbang terhadap haid anda yang datang semula dalam tempoh yang pendek selepas haid kali terakhir. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, haid yang pendek dan tidak teratur adalah tidak normal dan ia boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Namun begitu, perkara ini boleh diatasi dengan mengetahui puncanya dan mendapatkan rawatan yang sesuai.
Antara punca lazim mengapa seseorang wanita mengalami haid tidak teratur adalah seperti berikut:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian untuk untuk mendapatkan penjelasan mengenai masalah yang dialami oleh anda dan juga supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.