
Anonymous
2 tahun
Darah haid tidak lancar
Saya masih remaja berumur 20. Sebelum tu saya minta maaf kerana mengenai isu kewanitaan. Saya prefer doktor wanita yang membacanya & menerangkan sebab.
Hari first saya period selalunya hanya keluar lendir sewaktu buang air kecil. Dan biasanya hari ke 4 baru keluar darahnya. Cuma tidaklah penuh satu pad. Jadi saya pelik sejak akhir ii ini period saya makin pelik tambah pula saya kerap sakit dibahagian bawah perut kiri. Ada suggestion atau penerangan apa apa tak ya doktor?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.