Sulit

5 tahun

Darah hitam seperti lumut sepanjang tempoh haid

Terima kasih doktor kerana sudi baca soalan saya. Saya seorang wanita berumur 28 tahun dan belum berkahwin. Saya mula mengalami pendarahan haid pada umur 12 tahun. Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan saya sering menghadapi masalah senggugut, haid tidak teratur dan semakin teruk pada 2 tahun kebelakangan ini pada setiap kali haid, sehingga menyebabkan saya mendapatkan suntikan bagi menahan kesakitan.
Tetapi pada kitaran haid baru-baru ini, saya tidak mengalami senggugut, sebaliknya darah yang keluar adalah dalam kuantiti kurang dari biasa, dan berwarna hitam lumut (bukan hanya ketulan darah hitam) dari hari pertama hingga hari terakhir selama tempoh 5 hari. Saya cepat berasa letih sepanjang kedatangan haid dan terdapat jangkitan seperti benjolan-benjolan kecil disekitar celah peha dan kawasan punggung saya (seperti jerawat pasir atau ruam) dan kawasan tersebut juga cepat berpeluh dan menyebabkan kegatalan sehingga mengganggu aktiviti harian saya. Saya hanya menyapu ubat seperti (calamine lotion, prednisolone) untuk menghilangkan kegatalan, tetapi sehingga kini jangkitan tersebut tidak reda walaupun darah haid telah berhenti keluar.
Saya ingin minta pandangan doktor mengenai simptom yang saya alami, dan ubat/rawatan/pemeriksaan yang perlu bagi mengatasinya.
Terima kasih sekali lagi atas kesudian doktor membaca soalan saya.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
  • Tekanan emosi
  • Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
  • Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
  • Mengambil pil perancang kehamilan
  • Masalah polycystic ovarian syndrome
  • Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks

Ketulan darah hitam adalah kerana:

  • Darah lebihan dari haid yang sebelumnya. Darah yang telah lama akan teroksida dan berwarna hitam
  • Darah pada awal dan hujung haid biasanya mempunyai aliran lebih perlahan, ini menyabakan darah gtersebut tersimpan lebih lama di dalam rahim dan berwarna hitam

Sekiranya anda mempunyai simptom lain disertai dengan haid berwarna hitam seperti:

  • Faraj berbau busuk
  • Sakit perut/senggugut teruk
  • Bengkak atau gatal sekeliling kemaluan
  • Sakit pada bahagian pelvik
  • Demam
  • Sakit ketika kencing

Anda perlu merujuk kepada doktor sekiranya terdapatnya gejala-gejala tersebut.

Bagi masalah ruam di kawasan punggung, ianya boleh ditambah baik dengan pertukaran cara hidup seperti

  • Memakai pakaian yang lebih longgar dan tidak memanaskan.
  • Elakkan duduk untuk masa yang berpanjangan.
  • Pastikan kawasan punggung anda sentiasa kering.
  • Elakkan menggaru kawasan tersebut.

Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

menstruation

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)