
Sulit
4 tahun
Darah keluar dari FARASH agak sedikit dalam masa 4-5 hari
sya wnita 20’an, dan sudah berkahwin, perkara yg membimbangkn sya skrang adalah darah yg keluar agakbsedikit sejak dari 25hb OGOS 2020 smpai sekarang,sya tidak tahu mngapa ia terjdi , ada kah berbahay atau …???

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah haid tidak teratur yang juga tidak lancar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dan tidak lancar dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya. PCOS merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan berat badan berlebihan, jerawat, ketumbuhan bulu berlebihan di bahagian ketiak dan kelamin serta masalah emosi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat dan rawatan boleh diberi. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Anda juga boleh mendapatkan pendapat doktor pakar ginekologi (gynaecologist) di sini. Seorang pakar gibekologi arif tentang masalah-masalah berkaitan sistem reproduktif wanita seperti haid, ketumbuhan dalam rahim dan sebagainya.Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.