Sulit
5 tahun
Darah keluar ketika hubungan sex
Saya wanita berumur 32 tahun dan dalam process merancang kehamilan. Sejak berat turun haid saya dtg tapi masalahnya 2x sbulan. Bukan tu saja lps haid hari ke9 darah saya keluar masa melakukan hubungn intim dgn suami. Saya agak risau sebab darah bukan seperti haid tp kemerah2an tetapi sy tiada rasa sakit ketika bersetubuh. Apa perlu saya buat doctor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doctor.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diajukan oleh anda. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.



























