
Sulit
3 tahun
Darah keluar melalui pusat ketika haid
Doc… Sy wanita berusia 44 tahun… Masalah yg sy hadapi ialah ketika datang haid… Darah keluar melalui pusat. Setiap kali haid pusat akan berdarah…
Apa mslh sbnrnya berlaku pada diri saya…
Terima kasih doc
-Isteri risau-

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera & terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami amat memahami kerisauan anda terkait gejala pusat berdarah setiap kali anda haid. Oleh itu, kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, pendarahan pada pusat yang berlaku pada wanita boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya
- trauma
- jangkitan kuman atau yis
Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius serta memerlukan pemerhatian doktor segera, seperti
- umbilical endometriosis
- portal vein hypertension
Justeru itu, anda amat disarankan untuk merujuk ke klinik atau hospital yang berdekatan agar bantuan dan pemeriksaan lebih lanjut dapat diberikan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.