Sulit
5 tahun
Darah keluar sedikit dari faraj
Saya seorang wanita berusia 30 tahun dan mempunyai seorang anak. Saya mengambil perancang depo dan sejak mengambil depo sy tidak haid. Sy berhenti mengambil depo bulan lepas dan didapati twlah keluar darah seperti spotting. Jangkamasa darah keluar sekejap dalam sejam lepastu tak pernah keluar. Hanya sehari dan sekejap. Saya pernah buat pap smear tahun lepas didapati ada sedikit kuman di faraj. Diberikan antibiotik. Adakah darah yang keluar adalah darah haid? Atau darah lain?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Terdapat banyak kemungkinan kepada punca spotting yang anda alami. Faktor perancang keluarga, faktor kesihatan organ wanita boleh menyumbang kepada masalah tersebut. Maka, kami memerlukan maklumat lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























