Sulit
5 tahun
Darah keluar selepas dua minggu tamat period
Saya wanita berumur 24 tahun yang berkahwin hampir 9 bulan. Saya ingin bertanya, hari ni darah haid keluar setelah dua minggu saya baru habis haid, sepatutnya kitaran saya dlm tempoh 35 Hari. Kebiasaanya, period sy datang tepat pada waktu, tetapi bila hampir 3 minggu dan tidak ada tanda kehamilan, saya pergi ke klinik dan doktor sarankan saya ambil ubat hormon. Adakah itu darah haid atau sebaiknya? Atau kesan dari berhenti makan ubat hormon pemulih kitaran haid selama 3 hari.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, anda mungkin mengalami spotting di mana ia merupakan pendarahan minima dan hanya berlaku untuk tempoh yang sebentar di antara dua waktu haid. Namun begitu, lebih banyak maklumat diperlukan untuk mengenal pasti sama ada pendarahan tersebut adalah pendarahan disebabkan oleh haid ataupun spotting .
Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang wanita boleh mengalami pendarahan spotting, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Kecederaan pada dinding vagina atau serviks
- Penggunaan perancangan keluarga yang boleh mengubah tahap kandungan hormon di dalam badan
- Penggunaan ubat cair darah
- Masalah sistem pembekuan darah
- Kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang pendarahan yang dialami? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:
- haid yang lebih panjang dan banyak
- faraj gatal dan merah
- haid tidak teratur atau lewat
- mual
- sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
- sakit bahagian ari-ari atau pelvis
- lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
- berat badan bertambah
Sebagai maklumat tambahan, kami sarankan anda merekodkan kitaran dan aliran haid anda di dalam diari ataupun aplikasi telefon pintar supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Untuk menjawab persoalan anda, haid yang lewat atau pendarahan spotting memerlukan pemeriksaan lanjut daripada doktor supaya puncanya dapat diketahui. Sukar ingin kami katakan sama ada ia berpunca daripada kesan disebabkan berhenti mengambil ubat hormon ataupun disebabkan oleh darah haid kerana maklumat lanjut mengenai status kesihatan anda perlu diketahui dan pemeriksaan fizikal dan klinikal perlu dibuat. Kami galakkan anda untuk berjumpa semula dengan doktor ataupun berjumpa dengan doktor pakar supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat.
Ini hanyalah penerangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



























