Anonymous
6 tahun
Darah keluar selepas kitaran haid
Saya remaja yang berumur 16 thun.Darah keluar selpas haid hbis
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal bagi remaja adalah sedikit berbeza daripada wanita dewasa yang mana pada remaja, kitaran haid yang normal adalah setiap 21 sehingga 45 hari. Darah yang keluar diluar kitaran haid pada remaja dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Kehamilan
- Paksi hormon belum matang
- Anovulasi hiperandrogenik - sejenis ketidakseimbangan hormon
- Coagulopathy - masalah perdarahan
- Disfungsi hipotalamus - yaitu satu bahagian daripada otak
- Hyperprolactinemia - hormon susu (prolaktin) meningkat
- Penyakit tiroid
- Penyakit pituitari - bahagian otak yang memproduksi hormon
- Primary ovarian insufficiency yaitu apabila ovari kehilangan fungsi diusia terlalu muda
- Akibat ubatan
- Jangkitan seksual
- Kanser
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























