
Sulit
3 tahun
Darah keluar seperti darah haid
sy wanita yg yg berusia 31 tahun…sy mempunyai 3 org ank…sy membeli test pregant untuk test adakah sy hamil atau tidak…kerana kali terakhir sy period ialah pd 8 julai 2021 lepas…bulan 8 sy belum dtg period jd sebab itu lah sy beli test pregnat dan test …hasilnya adalah positif…jd klmrin sy ke klinik untuk scan perut sy dan doktor ckp dlm 7mngu mcm tu… tetapi hari ni sy datang period dan darah merah byk yg keluar …perut sy sakit,rasa mcm sengugut doctor…jd.sy nk tnya…adakah sy keguguran doctor…

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Walaupun pendarahan dari faraj tidak selalunya menandakan bahawa kehamilan tersebut mempunyai masalah, ia masih boleh menjadi tanda bahaya. Oleh itu, semua wanita hamil yang mempunyai pendarahan dari faraj patut mengunjungi doktor untuk diperiksa.
Antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan 1 termasuk:
- Pendarahan implan: Kadangkala pendarahan ringan yang tidak berbahaya boleh berlaku kerana penanaman telur yang telah disenyawakan pada dinding rahim terjadi sekitar masa haid anda sepatutnya berlaku.
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran: Kebanyakan keguguran berlaku semasa 12 minggu pertama dan malangnya kebanyakannya tidak dapat dicegah. Tanda-tanda lain keguguran termasuk kesakitan perut bawah atau pelepasan tisu dari faraj.
- Kehamilan ektopik berlaku jika telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim seperti di tiub Fallopian. Apabila telur tersebut membesar, ia boleh memecahkan tiub Fallopian dan menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung secara atas talisn dengan doktor kami untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.