
Sulit
4 tahun
Darah keluar tiap kali kencing walaupun sudah habis period
Saya berumur 23tahun …pd nov ini saya dtg period …selalunya saya akan period 4hari dan sisa terakhir akan keluar hingga hari ke6 (sisa jarang keluar) tetapi kali ini saya habis period dan masih keluar darah pd hari ke 8 apabila saya membuang air kecil …saya risau ,boleh doctor explain … (darah bewarna merah pink bukan coklat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing berdarah yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Pendarahan haid yang tidak habis
- Radang saluran/pundi kencing - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Masalah buah pinggang - seperti penyakit imun (SLE, penyakit Wegener)
- Kesan ubat atau makanan
- Kecderaan pada organ peranakan
- Sindrom nefritik
Khuatir masalah ini berlanjutan sehingga memudaratkan kesihatan anda, maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.