
nadynadiaa97
5 tahun
Darah nifas atau darah period
Saya dah hari yg ke 33 selepas bersalin. Darah selepas bersalin saya sudah berhenti selama 2 minggu dan pada harini darah keluar semula tapi sikit saja dalam 2@3 tompok pada pad yang saya pakai. Jadi saya nak tanya adakah darah yg keluar semula ni masih lagi darah nifas?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masa nifas adalah rentang waktu yang berlangsung selama 6 minggu (42 hari) mulai sejak bayi lahir sehingga hari ke 42. Oleh itu, darah yang keluar hari ke 33 masih dikira dalam waktu nifas.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by Kelly Sikkema