
Anonymous
4 tahun
Darah pekat dan hitam
Saya berusia 22 tahun, mengalami haid yang tidak teratur sejak di bangku sekolah menengah. Semenjak awal tahun 2019, akhir bulan 4 ni merupakan haid pertama saya, pada setiap bulan saya mengalami sakit² badan seminggu sebelum tempoh yg sepatutnya period, sehingga saya menunggu hari tersebut, masih belum ada tanda² akan keluarnya darah. Setelah beberapa bulan menunggu, saya mengalami darah haid yang pekat berwarna hitam, pun juga seluruh badan sakit² termasuk sakit kepala dan tajam² di bahagian perut dan vigina (sometimes), sehinggakan saya tak dapat berdiri dan duduk dengan lama akibat lenguh, dan badan menjadi lemah dan cepat penat. Apakah pendapat doktor dengan masalah yang saya alami?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boelh menyebabkan haid tidak teratur. Antaranya:
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!