
iria_zainuddin
4 tahun
Darah period keluar bila kencing
hi. sy wanita yg berusia 20an. sy baru berkahwin. soalan sy normal ke masa kita kencing darah period kluar. kalau kita tak kencing darah tak kluar. sy period mmg tidak teratur. masa sy kencing sy tidak merasa sakit. sy tak pernah buat pregnancy test, sy cuma risau kenapa darah kluar bila sy kencing. dlm wktu2 macam ni boleh ke kita buat pregnancy test. tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan salur kencing
- batu karang
- jangkitan kelamin
- jangkitan pada buah pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.