
Sulit
5 tahun
Darah period keluar on off
hai doctor.sy brusia 28 thun .sdh berkhwin dan obesisiti .belum punya anak lagi .sy sdh brkhawin 6 thun.soalan sy kenapa darah haid sy kluar on off .contoh ny hari ini dia ada kluar lps tu 2 hri mcm tu stop lps tu kluar lagi.darah tu x banyak hanya sedikit shja tp kdg2 brketul like darah beku .untuk pengetahuan doc sy perna jumpa pkar gynae sblum ni 3 thun lalu.sblum ni msalah sy haid brlebihan doc gyane bg sy makan ubat hormon deprovera dan metformin dan ubat stop kn darah yg wrna kuning dan htam sy lupa nama ny.lps tu doc gynae tgok tiada yg brubah dia stop kn sy mkn ubt tu smua.semasa sy mkn ubt tu pun haid sy x kluar mcm biasa .sblum sy mkn ubat tu haid sy regular bulan2 kluar cuma msa yg sy jumpa pakar tu sy punya darah heavy sgt.sy heran doc skrg sy punya darah haid mau brapa bulan sdh bgni .on off

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.