
iria_zainuddin
5 tahun
Darah period keluar SEMASA kencing
hi, sy wanita berusia 20an. sy baru berkahwin, sy nak tanya normal kah bila sy period sejak akhir akhir ni darah keluar bila sy kencing sahaja. hari pertama hingga hari 3 normal sahaja period saya. masuk hari ke 4 darah kluar bila saya kencing. sy nak tahu normal kah?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala darah haid keluar sewaktu kencing boleh disebabkan baki darah haid yang belum habis lagi. Selain itu, ia juga boleh dikelirukan dengan gejala kencing berdarah yang boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Keradangan pundi kencing
- Masalah pendarahan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.