
Anonymous
5 tahun
Darah period sangat pekat dan selang seli period tue dtg
Saya aishah berumur 28…sy mengambil depo selama 2 tahun 6bln…dan sekarang saya sudah berhenti depo pada bln 5 /2019…pada bulan 6 period sy datang tetapi warna hitam n keperangan.pada bln 7/2019 hari ahad(20/7/2019)(11:30tghari) period pertama datang keperangan…selama seminggu sy period darah masih keperangan…dan tidak jatuh ke pad…sekarang period sy masih ada lagi …darah masih tidak jatuh ke pad dan darah tersangat pekat…sy terpaksa meraung skit bg mengeluarkan darah pekat tersebut…sy sudah berjumpa dr… tp dr kata itu normal disebabkan sy mngambil perancang depo…
Apekah pendapat dr bg soalan sy ni
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala darah haid pekat dan berwarna gelap boleh disebabkan:
- Kesan suntikan depo - kitaran serta kepekatan darah haid akan terganggu dalam 3-6 bulan
- Darah haid ter-oksida - apabila darah haid sudah lama didalam rahim
- Fibroid/polip dalam rahim
Sekiranya anda mempunyai simptom lain disertai dengan haid berwarna hitam seperti:
- Faraj berbau busuk
- Sakit perut/senggugut teruk
- Bengkak atau gatal sekeliling kemaluan
- Sakit pada bahagian pelvik
- Demam
- Sakit ketika kencing
Anda perlu merujuk masalah anda ini kepada doktor dengan segera kerana terdapat kemungkinan masalah lebih serius seperti jangkitan kelamin atau jangkitan. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.