
zah5055
2 tahun
Darah period yang sedikit
Saya seorg ibu yg berusia 42thn. Mengalami masalah darah haid yg sedikit,sehinggakan saya hanya perlu memakai panty liner ketika haid. Tempoh haid saya hanya 3 hari. Saya juga pengamal pil perancang… Adakah situasi saya ini bahaya atau normal?.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, tempoh normal haid adalah antara 2-7 hari. Oleh itu keadaan yang puan alami adalah dikira normal. Di samping itu, puan juga mengambil pil perancang kehamilan, dan pil ini sememangnya boleh memberi kesan terhadap haid.
Puan tidak perlu risau dengan keadaan ini, namun sekiranya puan masih ragu ragu, inginkan penerangan lanjut atau mengalami simptom lain yang merisaukan, sila rujuk kepada doktor dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi dengan doktor kami melalui atas talian. Terima kasih.
Konsultasi anda dengan doktor kami adalah PERCUMA jika anda adalah ahli Peduli Sihat!