daarshanv54
4 tahun
Darah putih masuk kuman
sy nak tanya soalan kat doctor…emak sy sudah tiga bln operation untuk kat perut operation.tapi dah ok.dah balik rmh.tapi skrg emak asik demam…dah pegi jumpa doctor.doctor kata ada kuman kat paru.paru.darah putih ada 20peratus.darah putih ini ada effek bahaya ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, darah putih wujud secara semula jadi di dalam tubuh kita dan akan meningkat dengan banyak sebagai respond tubuh terhadap jangkitan, radang dan lain-lain. Ia merupakan salah satu sel yang menjadi pertahanan tubuh kita. Bagi ibu anda yang mengalami jangkitan paru-paru, adalah normal untuk sel darah putihnya tinggi dan ini adalah mekanisma normal bagi tubuh.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.