
nurhazwanmazli
5 tahun
Darah putih tinggi dan kuman dalam darah tinggi
As salam dr… Anak sy berusia 2 tahun telah demam selama 1 minggu… 4hari demam biasa, 3 hari dia demam kuat… Tidak ada selera makan dan telah rujuk ke klinik kesihatan kerajaan, namun dr di sana tidak mengambil darah utk diperiksa, malah mengatakan ank sy cuma demam biasa sehinggalah sy mengambil keputusan utk menghantar ke hospital besar. Di sana, ank sy telah diambil darah. Keputusan menunjukkan sel darah anak putih sy tinggi iaitu bacaannya 33,dan dimasukkan ke dalam wad. Hari ini sampel darahnya di ambil lagi. Kali ini keputusan menunjukkan kuman dalam darah pula tinggi iaitu bacaannya 170. Menurut nurse tersebut, bacaan normal kuman untuk budak 2 tahun sepatutnya 10 sahaja. Bolehkah sy tahu dr, implikasi darah putih tinggi dan bacaan kuman yg tinggi ini… Adakah ini adalah tanda-tanda kanser darah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami tidak boleh mengulas dengan lanjut tentang keputusan darah anak anda tanpa laporan lengkap.Hal ini kerana terdapat pelbagai sel darah putih dan setiap sel darah putih menggambarkan penyakit berbeza.
Walaubagaimanapun, secara umum, sel darah putih yang tinggi boleh disebabkan perkara berikut:
- badan anak anda sedang cuba melawan kuman
- Jangkitan virus
- Tekanan
- Jangkitan kulat
- Kanser darah
Walaubagaimanapun, sekiranya anak anda mempunyai demam pada waktu malam yang tidak beransur pulih, tiada selera makan, tidak aktif, mudah lebam, bengkak di kelenjar leher, sel darah merah rendah. Sila dapatkan rawatan selanjutya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.