
Sulit
3 tahun
Darah putih tinggi,demam panas dan cirit birit
anak saya sekarang berusia 9bulan. semasa dia lahir dia ada masalah jantung laju. baru baru ini dia demam panas suhu di mencecah sampai 39.4. saya dah bawa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan. mereka ada ambik darah anak saya dan result darah mengatakan darah putih anak saya tinggi. boleh saya tahu apa punca darah putih boleh tinggi. sekarang bila anak saya makan ubat hospital anak saya cirit birit warna hijau.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Senarai di bawah adalah antara penyebab utama terjadinya peningkatan jumlah sel darah putih:
- Jangkitan kuman : Sel darah putih boleh meningkat akibat jangkitan virus atau bakteria. Dalam sistem imunisasi badan yang normal, sumsum tulang akan mengeluarkan lebih banyak sel darah putih apabila serangan virus atau bakteria dikesan.
- Keradangan : Terdapat banyak jenis penyakit yang menyebabkan keradangan termasuk alahan dan jangkitan. Antara penyakit ini adalah asma, ‘rheumatoid arthritis’, Crohn’s dan sebagainya.
- Melecur atau terbakar : Bahagian tubuh yang melecur atau terbakar juga boleh menyebabkan keradangan dan jangkitan.
- Pembedahan : Selepas seseorang melalui pembedahan, jumlah darah putih akan meningkat. Doktor akan memantau tanda-tanda lain untuk memastikan perkara ini bukan berlaku akibat jangkitan pada luka pembedahan.
- Ubat-ubatan : Pengambilan ubat - ubatan seperti steroid boleh menyebabkan sel darah putih meningkat.
- Stres/tekanan : Tekanan emosi atau fizikal boleh meningkatkan jumlah sel darah putih.
- Penyakit sumsum tulang : Sumsum tulang adalah tempat penghasilan sel darah putih dan merah. Sebarang masalah di bahagian ini boleh menyebabkan penghasilan sel darah putih terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.