
Sulit
4 tahun
Darah tidak berhenti selepas melahirkan
Selepas bersalin ceazer saya mngambil perancang suntikan …slepas tiga bulan saya stop .sehingga sekarang darah masih belum berhenti .dh 7 bulan dah

4 tahun
Salam sejahtera.
Masalah haid berpanjangan atau menorrhagia didefinasikan sebagai perdarahan haid yang melebihi 80 ml. Secara umumnya, wanita yang mengalami perdarahan haid lebih dari 7 hari, perdarahan yang melimpah atau terpaksa menukar pad beberapa kali sehari boleh dikatakan sedang mengalami perdarahan haid berpanjangan. Suntikan perancang mempunyai kesan sampingan pendarahan yang boleh berlarutan selama berminggu atau berbulan setelah anda berhenti mengambil suntikan ini.
Namun, kita harus melihat juga punca lain yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan:
• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer). Kondisi-kondisi ini adalah lebih biasa dalam kalangan wanita yang lebih berusia.
• Sindrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Seperti yang anda lihat, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan haid anda berlarutan selama sebulan. Oleh itu, pelbagai soalan tentang sejarah kesihatan harus ditanyakan dan ujian imbasan mungkin diperlukan untuk mendapat diagnosis anda. Haid berpanjangan boleh menyebabkan anemia kerana anda kehilangan darah lebih daripada kebiasaannya. Simptom-simptom anemia adalah seperti:
- Sakit kepala dan rasa kepala ringan
- Rasa letih dan tidak bermaya
- Rasa mahu pitam
- Kelihatan pucat
- Kesukaran bernafas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar wanita. Doktor pakar wanita mempunyai kemahiran dalam pelbagai sakit puan serta prosedur untuk mengenal pasti dan merawat masalah wanita. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang pendarahan berpanjangan ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!