
Sulit
3 tahun
Darah yang keluar dari kehamilan luar rahim
Sahabat saya, wanita berumur 20-an, baru berkahwin dan mengalami kehamilan luar rahim. Baru-baru ini dia mengalami turun darah. Soalan saya, adakah darah yang keluar itu keluar dari dalam rahim atau luar rahim. Ini kerana dia harus menentukan samada darah itu haid(sekiranya darah keluar dari dalam rahim) atau istihadhah (sekiranya darah keluar dari luar rahim). Dan saya juga ingin bertanya, sekiranya sahabat saya melakukan pembedahan membuang janin tersebut, darah yang keluar selepas pembedahan itu adakah keluar dari dalam rahim atau luar rahim, juga bagi menyelesaikan masalah penentuan samada darah nifas(sekiranya darah keluar dari dalam rahim) atau istihadhah(darah keluar dari luar rahim).
Mohon penjelasan dan terima kasih doktor.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pendarahan yang berlaku disebabkan kehamilan luar rahim mempunyai gejala yang spesifik seperti kesakitan pada pelvis bersama pendarahan yang ringan. Jika pendarahan berlaku pada tiub fallopian pesakit boleh mengalami simptom seperti sakit bahu dan sakit perut seperti ingin berak. Gejala-gejala ini bergantung pada di mana darah tersebut kumpul dan menyebabkan iritasi pada saraf.
Maksud istilah istihadah (“abnormal uterine bleeding”) ini merujuk kepada pendarahan dari faraj di luar waktu kitaran haid normal ataupun pendarahan nifas (“lochia”) selepas bersalin. Punca isithadah ini boleh disebabkan oleh masalah hormon yang mengakibatkan pendarahan secara tidak stabil atau masalah fizikal contohnya ketumbuhan dari dalam rahim yang mengganggu pembentukan dinding rahim.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.