
Anonymous
5 tahun
Datang bulan kali kedua dalam sebulan
Minggu lalu saya telah datang bulan selama 3 hari. Pada hari ketiga, saya telah melakukan seks bersama teman lelaki saya dan dia telah memancut dalam. 6 hari kemudian, saya mendapati terdapat 1 tompokan besar darah tetapi saya tidak pasti dengan warna darah tersebut kerana seluar dalam saya pada masa itu berwarna maroon. Saya tidak mahu mengandung kerana saya masih belajar. Oleh itu, saya ingin tahu apakah cara untuk saya elak dari mengandung? Berapa lama saya perlu tunggu untuk mengetahui bahawa saya mengandung atau tidak? Apakah ada cara untuk hentikan atau gugurkan awal kandungan ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami di link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan nasihat lanjut.
Anda juga boleh menghubungi http://www.rraam.org untuk mendapatkan nasihat. Terima kasih.