
Sulit
5 tahun
Datang bulan panjang
saya wanita berusia 27 tahun mengalami masalah datang bulan tidak teratur. bulan 9 saya datang bulan 3 kali. kali pertama pada 2hb sep tapi cuma datang sehari itupun hanya tanda-tanda coklat sahaja. kali kedua 14hb sep saya datang bulan selama 2 hari pun tanda2 coklat juga dan kali ketiga pada 27hb september tapi tak banyak sehingga hari ini. saya agak risau dengan keadaan ni sebab menggangu aktiviti seharian saya. harap doc dapat bantu masalah saya. tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari seperti hipertiroid
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.