
Sulit
4 tahun
Datang bulan selepas 3 hari habis period
Sy nak tanya doktor selepas 3hari sy stop period selepas tu dtg period balik tp x byk cuma setitik sahaja warna merah cair.adekah itu period ye?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu setitik cecair warna merah selepas tempoh haid selama tiga hari. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kehamilan - boleh membuatkan “spotting” berwarna coklat kerana implantasi kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Setitik cecair warna merah itu berkemungkinan bukan haid. Walaubagaimanapun, untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.