
faiqulfa
3 tahun
Datang bulan setiap 2 minggu
Saya wanita berusia 32 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 2 org anak. Kali terakhir saya bersalin ialah pada november 2017. Sejak 3 bulan lepas saya datang bulan 2 kali sebulan. Pada 12 mac saya telah datang bulan selama 6 hari, kemudian 2 april saya datang bulan lagi. Darah yang keluar sama seperti datang bulan biasa, tidaklah terlalu banyak dan sedikit berketul. Saya sangat risau, harap doktor boleh beri sedikit informasi berkenaan hal ini. Terima kasih doktor.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah haid yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- perubahan berat badan yang drastik
- stress
- perubahan hormon
- endometriosis
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih