
Sulit
4 tahun
Datang bulan tak sampai 30 hari
saya seorg ibu fully bf utk baby 5 bln dan berumur 34 thn…pada 20/3 yg lps saya telah period utk 5 hari dan hari ni 2-3 ada lagi darah keluar… soalan saya adakah itu period?.. dan utk makluman 20/3 tu adalah period saya yg ke2 slps melahirkan di mana yg pertama adalah pd bln 12 thn lps.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, setiap wanita mempunyai waktu kitaran haid yang berbeza dan ia bergantung kepada aktiviti, tahap hormon dan juga beberapa perkara lain. Kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Perubahan kitaran haid yang tidak diketahui sebabnya memerlukan pemeriksaan oleh doktor. Mengikut kenyataan yang diberikan oleh anda, kami tidak pasti sama ada ia merupakan pendarahan spotting ataupun pendarahan haid dan hal ini memerlukan pemeriksaan lanjut daripada doktor. Terdapat beberapa punca mengapa seseorang wanita mengalami haid yang kerap ataupun tidak teratur, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.