
Sulit
3 tahun
Datang bulan yang tidak melebihi kitaran haid seblum2 ini
saya wanita berumur 30th, saya mengalami datang haid yg tidak mengikut kitaran haid saya. pada bulan 4 saya datang bulan 16/4-22.bulan 5, saya datang haid 5/5-11/5 tapi sya datang bulan lagi pada bulan yg sama 22/5-26/5 adakah haid saya normal atau ada maslah apa2? Selain itu saya mengalami krem bhagian pinggang kiri kanan dan merasa perut sentiasa full biar belum makan. Adakah maslah yg saya hadapi di sebabkan saya mengandung atau ada malsah yang lain…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur sejak pada bulan 4 disertai dengan masalah kekejangan pada bahagian pinggang. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.