
Sulit
3 tahun
Datang haid 3 hari sahaja
Sy wanita bru masuk 30an …Sy baru period 26hb/10 kemarin then masuk hri ke2 dah berkurang msuk hri ke3 dah kering cuma ade coklat2 sikit2 …1Hri kering tiba2 mlm ni sy buang air kecil dia keluar lg cecair sahaja…Sy berasa tidak sihat lenguh2 kaki dan krem perut masuk angin …Kenapa ye adakah ia normal …Sebelum ni xpenah berlaku …Sy kerap kencing dan perut rase xselesa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Policystic Ovary Syndrome (PCOS)
- Fibroid dalam rahim
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Gangguan hormon
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan