
Sulit
3 tahun
Datang haid dah berhenti selama 2 hari, suddenly darah keluar semula
Saya berumur 34thn,dah 3bulan period sy tak menentu. Bila dah habis period, 2,3 hari. Tiba2 darah keluar lagi. Kadang2 berwarna coklat. Kadang2 warna biasa. Tetapi tidak rasa sakit. Datang dalam sehari je. Kemudia dah stop. Then 2hari lagi macam tu ada lagi darah. Saya dah buntu apa yg perlu saya buat.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah datang haid tidak menentu. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- kontraseptif hormon
- gangguan stress
- hormon yang tidak stabil
- penggunaan ubat tertentu
- masalah kesihatan - PCOS atau masalah tiroid
- penebalan atau polip pada lapisan rahim
- fibroid rahim
Gejalan haid berwarna coklat boleh dikaitkan dengan beberapa perkara. Antaranya:
- ovulasi
- kehamilan
- perimenopaus
- tisu endometrium
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terutamanya jika anda mula mengalami simptom - simptom seperti rutin harian anda terganggu atau anda mangalami kesusutan berat badan secara drastik, kerana ia mungkin menandakan masalah yang serius dan perlukan rawatan segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.