
norsharifahluvis92
5 tahun
Datang haid selepas bersalin czer
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, saya wanita berumur 27 tahun bersalin anak sulung secara czer. Sekarang usia anak sy 3 bulan dan sy datang haid. Adakah ia normal kerana terlalu awal. Sy menyusu badan sepenuhnya dan mengambil perancang secara cucuk. Terima kasih DR.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kitaran haid yang normal
- lochia
- darah nifas
- luka pada sebarang struktur peranakan
Terdapat juga wanita yang kembali kepada kitaran haid normal seawal tiga minggu dan selewat setahun selepas tempoh melahirkan anak !
Oleh kerana terdapat pelbagai punca pendarahan selepas bersalin, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.