
Sulit
4 tahun
Datang haid yang sangat sakit
Hi doctor,saya wanita berumur 33 tahun Dan mempunyai seorang anak . 3 hari lepas saya datang haid tapi pada hari ke 2 saya datang haid ,saya mengalami sakit yang sangat saya Tak dapat tahan sampai saya ambil ubat tahan sakit untuk haid…tapi itu sekejap sahaja Dan membuat saya sangat berpeluh…Dan mini sakit haid saya masih juga berlaku…kekadang sampai menangis menahan sakit setiap kali menyerang .Apakah yang patut saya lakukan ? Saya takut untuk mengambil ubat penahan sakit berpanjangan …Apakah Tanda sakit begini ? Ini kali pertama sakkit yang sakit teruk .

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- perubahan hormon
- endmetriosis
- fibroid dalam rahim
- jangkitan pada organ reproduktif
- adenomyosis
Anda boleh mencuba perkara-perkara ini untuk mengurangkan kesakitan seperti:
- menggunakan pad panas
- memandi dengan air pada suhu yang suam
- bersenam selalu
- memakan makanan yang lebih berkhasiat
- memakan vitamin
- kurangkan pengambilan gula dan kaffein
Namun begitu saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai dengan kondisi anda.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!