
Sulit
5 tahun
DDepression, Anxiety Stress Scale Test
Saya wanita berusia 27 tahun. Adakalanya apabila hendak memulakan sesuatu, melakukan sesuatu idea, nak mulakan perniagaan atau tak kira apa sahaja sesuatu yang ‘baru’ ingin saya lakukan, akan datang perasaan ‘takut’ untuk bermula. Kadang-kadang sampai badan menggigil dan berdebar…
Saya ada menlakukan DSS test dan keputusannya…anxiety(30), depression(22) dan stress(24)…
Apa saya perlu lakukan ya, doktor? Perlukah saya berjumpa dengan psikiatris?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, DASS adalah hanya merupakan sejenis tes/ ujian yang bersifat saringan. Ini bermaksud, ujian ini tidak menentukan atau tidak meletakkan anda sebagai pesakit anxiety atau kemurungan (depression) ataupun stres. Akan tetapi, hasil tes yang tinggi cenderung adalah petanda bahawa anda perlu merujuk doktor pakar psikiatri untuk diperiksa lanjut. Justeru, silakan merujuk ke klinik kesihatan ataupun klinik berdekatan untuk mendapatkan rujukan ke doktor pakar psikiatri agar dapat dilakukan evaluasi lanjut dan langsung memulakan pengubatan ataupun terapi sekiranya perlu.
Untuk info dan maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.