
Sulit
3 tahun
Defecate with blooding
hi doctor, saya seorang perempuan berumur 22 tahun, dah sebulan saya perasan setiap kali saya buang air besar mesti akan keluar darah dari dubur yg tekstur mcm lendir, darah tu keluar agak banyak dan dah sebulan perkara ni berlarutan, saya juga mengalami sakit perut lepas darah tu keluar, tapi sebelum buang air tak sakit perut pun dan semasa buang air pun takde sakit apa apa, cuma kesan tu saya akan rasa selepas membuang dan sakit pada perut, saya tidak buang air besar setiap hari tetapi saya tidak sembelit dan sejak sebulan ni setiap kali saya buang air besar mesti akan keluar darah yg banyak seperti lendir dari dubur, boleh saya tahu apa puncanya ?, dan apa yg perlu saya buat untuk tindakan lanjut ?, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda dan akan cuba menolong anda.
Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh anda, kami memahami anda mengalami pendarahan dari dubur semasa membuang air besar, diikuti dengan sakit perut.
Antara punca-punca masalah anda yang boleh kita pertimbangkan adalah :
- Masalah buasir
- Meneran terlalu kuat semasa membuang air besar
- Anal fissure yang berdarah
- Radang usus
- Enterokolitis
Selain itu, terdapat penyakit lebih serius yang boleh mengakibatkan gejala anda, iaitu kanser kolorektal. Anda perlu merujuk kepada doktor agar punca masalah anda dapat disiasat dan rawatan boleh diberikan sekiranya perlu.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami mengenai masalah anda.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.