
Sulit
4 tahun
Degupan jantung bayi dalam kandungan
salam doc…sy nk tnya kandungan sy skrg 9w4dys… sy scan doc kata x nmpk fhr.repeat scan 2/52 lg.xde apa2 simptom… ada kmgkinan ke sy akn abortion? ada kmgkinan ke 2/52 lg bru ada fhr😭

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh puan. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan jalan cerita yang disampaikan oleh puan melalui forum ini.
Saya berharap puan banyakkan bersabar dan tenang dahulu. Saya sarankan puan berfikiran positif sehingga pemeriksaan 2 minggu lagi dilaksanakan.
Secara amnya, banyak faktor yang boleh menetukan pemeriksaan fetal heart rate antaranya adalah kehamilan yang masih awal atau pertumbuhan bayi yang sedikit (relatif) mengambil waktu. Oleh itu, disarankan puan jangan terlalu bimbang dan cuba meneruskan aktiviti harian seperti biasa.
Buat masa ini amalkan makan dan minum sesuai arahan doktor, jauhkan diri dari aktiviti-aktiviti yang berat dan banyakkan berehat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.