
Sulit
3 tahun
Degupan jantung laju setelah amik vaksin covid19
Hi. Sye perempuan berumur 28thn. 7/8/2021 pukul 6.17pm sye divaksin second dose dan pada pukul 12 amsye baring dan ye berasa degupan jantung laju sehingga sekarang jam 3.10.mam. Apakah tindakan seterusnya

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda bimbang dengan kesan sampingan Covid-19 dan akan cuba membantu.
Simptom-simptom yang dialami seseorang daripada vaksin Covid-19 berbeza dan kebiasaannya akan reda dalam beberapa hari.
Namun demikian,terdapat beberapa simptom bahaya yang perlu diambil berat.
- Sakit kepala yang teruk dan berlarutan
- pengsan atau sawan
- Sakit pada bahagian perut yang teruk dan berlarutan
- Sakit dada yang berlarutan
- Kaki bengkak
- Sesak nafas yang teruk dan berpanjangan
Sila rujuk kepada doktor atau ke hospital segera jika mengalami gejala ini.
Kami harap jawapan ini dapat membantu.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor untuk pengetahuan lebih lanjut melalui atas talian.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini