
Anonymous
5 tahun
Delay period 2 bulan
saya wanita berusia 33 tahun…sebelum ni kehamilan saya semuanya gugur di usia kandungan 8 minggu…period saya memang regular setiap bulan…last regular period 1/4/19 - 6/4/19…awal may saya buat upt positif n line terang…tapi 11/5/19 - 12/5/19 sy bleeding time kencing sikit2 je…saya jumpe doktor pakar gynae die bagi duphaston…terus saya tak period sampai sekarang…saya buat upt ade double line tp samar…scan x nampak pape…sy risau sampai sekarang x period…refer klinik kate awal kehamilan dan suruh tunggu lagi…mcm mana ye doktor?saya hamil atau x?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kami tidak boleh membuat kesimpuan sama ada anda hamil atau tidak. Hal ini kerana kehamilan hanya dapat disahkan dengan pemeriksaan ultrasound. Namun, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid tidak teratur,.Antaranya ialah:
- Tekanan Emosi (Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti)
- Ubat-ubatan (Ada sesetengah ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon bole menyebabkan kitaran haid terganggu)
- Haid yang tidak teratur mungkin adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, Kencing manis yang tidak terkawal
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.