
Sulit
5 tahun
Demam anak 1 tahun 8 bulan on off
Anak saya mula menunjukkan tanda demam 38.8 pada hari ahad sekitar 7pm dan kami beri paracetamol dan mula menunjukkan tanda pulih pagi selasa 36.6 darjah. tetapi suhu nya mula naik kembali kepada 39.1 jam 1.30 pagi rabu. sejak isnin dia mengalami cirit birit.
adakah ini tanda2 paracetamol tidak berjaya dalam mengurangkan suhu nya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ini menunjukkan bahawa anak anda masih mempunyai jangkitan dalam badannya. Ini tidak bermaksud ubat tersebut tidak berkesan, cuma ia membantu melegakan demam buat sementara waktu pada masa yang sama jangkitan dalam badan masih menaikkan suhu badan anak anda.
Penyebab utama cirit-birit ialah virus yang dipanggil sebagai rotavirus. Rotavirus menyebabkan jangkitan usus yang disebut gastroenteritis. (Rotarix) akan ditawarkan sebagai sebahagian daripada imunisasi rutin bayi anda. Cirit-birit juga boleh disebabkan oleh:
- infeksi/jangkitan kuman - kadang menyebabkan bengkak limfa di leher
- alergi
- minuman susu formula tidak dibuat dengan betul
- selsema
- antibiotik
- keracunan makanan
- kekurangan enzim(walaupun jarang berlaku)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.