
Sulit
5 tahun
Demam batuk berkahak dan ulcer dalam mulut
Hi Dr. Anak sy berusia 3thun. Dalam mulut ada ulcer tekak merah sikit. Batuk berkahak
Demam smpai 38°c lepas bagi ubat ok, lepas 6jam suhu naik semula. Kenapa ya Dr? Adakah sebab cuaca yg tak menentu sekrang. Tq.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, demam merupakan perkara normal bagi kanak- kanak kerana sistem imunisasi mereka yang masih dalam perkembangan. Namun begitu, demam tinggi yang tidak bertindak balas terhadap ubat sebaiknya dihantar berjumpa doktor kerana risau mengalami komplikasi sawan. Buat masa ini anda boleh:
- Banyakkan minum air kosong.
- Makan dengan kerap dalam kuantiti yang kecil.
- Tuam badan dengan kain basah.
- Tidak memakaikan pakaian yang tebal atau material panas.
- Hanya mengambil ubat demam berdasarkan arahan pada kertas yang termasuk dengan ubat demam.
- Kuarantinkan anak di dalam rumah dan tidak dibiarkan bermain dengan kanak- kanak yang lain kerana dikhuatiri akan merebak kepada yang lain.
- Banyakkan berehat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.