
Sulit
4 tahun
Demam, batuk, selesema
Sejak kebelakangan ini, badan saya terasa lesu, tekak agak perit. Selesema dan batuk juga ada. Kemarin saya mengalami cirit birit tapi mungkin salah makan. Cuma harini je terasa lagi lesu badan macam nak demam. Apa yang boleh saya buat dengan menghubungi doctor di sini?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sakit di tengkuk, batuk dan selesema.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang berdekatan sekiranya simptom ini semakin teruk.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk maklumat anda, masalah sakit ketika menelan boleh berpunca daripada pelbagai masalah seperti:
- Keradangan tonsil
- Ketumbuhan pada tekak/ leher/ tiroid membengkak
- Kelenjar limfa membengkak
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Untuk makluman pihak anda wabak coronavirus sedang hangat diperkatakan dan adalah menjadi kepentingan untuk kita semua mengetahui tentang gejala yang ada pada pesakit yang dijangkiti dengan virus tersebut. Pesakit boleh mendapatkan gejala seperti:
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Gejala coronavirus boleh dimanifestasikan sehingga selepas 14 hari daripada hari pesakit dijangkiti dan pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan & nasihat daripada doktor jika mengalami gejala yang disebutkan. Pesakit juga dinasihatkan untuk tidak keluar rumah dan pergi ke tempat yang mempunyai ramai orang untuk mengelakkan penyebaran wabak berkenaan.
Keputusan diagnosis tidak boleh dibuat hanya daripada gejala yang diberikan pesakit. Pesakit perlu menjalani beberapa ujian untuk mengesahkan jangkitan coronavirus. Oleh itu, pesakit amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (KKM COVID-19) untuk keterangan lanjut mengenai koronavirus atau untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.