
luvgal_dil
5 tahun
Demam,batuk & selsema
Apakah ubat yg sesuai utk kanak2 yg berusia 5 & 2 tahun?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, demam yang berlarutan bagi kanak-kanak perlu dirujuk kepada doktor. Sekiranya anak anda kelihatan sangat lemah, tidak makan dan minum, tidak aktif atau menunjukkan tanda-tanda membimbangkan, sila bawa ke hospital dengan segera. Namun jika tiada tanda-tanda ini, anda boleh merujuk anak anda ke klinik terdekat, sekiranya perlu akan dirujuk sendiri oleh doktor ke hospital. Hal ini kerana dikhuatiri terdapat jangkitan yang memerlukan ubat preskripsi doktor seperti antibiotik.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.