Sulit
4 tahun
Demam berpanjangan dan berapa hari perlumakan panadol
Saya scoring lelaki dan pesakit covid di sahkan pada 8.6.21 pada 7.6 saya dah begejala demam,saya telah ambil paracetamol setiap 4 jam…sehingga hari ni 12.6 demam saya akan kurang tetapi belum 4jam demam saya dah naik…badan saya Teresa sgt sejuk…saya jugak tak dapat tidur dan makan…
4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kekhuatiran dan turut bimbang berkenaan kondisi anda yang telah disahkan sebagai pesakit COVID19 pada 18 Jun 2021, namun demikian anda terus mengalami demam yang meningkat kembali setelah 4 jam dan disertai badan terasa sejuk, hilang selera makan dan tidak boleh tidur. Kami akan cuba membantu anda.
Berdasarkan dari gejala suhu badan yang sering meningkat kembali beberapa jam setelah memakan ubat paracetamol dan badan terasa mengigil, Ditambah pula sekiranya anda mengalami sesak nafas, badan terasa semakin lesu dan tidak bermaya, atau sakit dada.
Anda disarankan untuk menghubungi talian 999 dengan kadar segera atau memaklumkan keadaan anda saat ini kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) atau hospital kerajaan yang terdekat.
Sehubungan dengan itu, anda juga perlu berhati-hati dengan penggunaan paracetamol diluar dari saranan doktor. Lazimnya penggunaan paracetamol yang berlebihan (melebihi 4000mg/hari) berisiko untuk berlakunya keracunan paracetamol.
Buat sementara waktu, anda juga perlu meneruskan langkah-langkah berjaga-jaga seperti kawalan kendiri dan isolasi di rumah. Anda juga disarankan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah & patuhi SOP PKP & pandemik bertepatan dengan garis panduan KKM.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































